mutakhir

Restoran terbakar

Oleh Zuliaty Zulkiffli

RESTORAN di Taman Peruda, Sungai Petani musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian yang memusnahkan 80 peratus restoran berkenaan pada 4.50 pagi membabitkan struktur premis yang sudah tidak beroperasi kelas B, namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan II Khairi Marudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.53 pagi dan tiba di lokasi, 4.58 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai sepasukan anggotanya seramai 14 anggota termasuk dua jentera, sebuah lori tangki dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Sungai Petani.

“Operasi pemadaman dilakukan dilakukan serta merta untuk mengawal api merebak ke bangunan bersebelahan.

“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: February 3, 2019 @ 11:39am
d