mutakhir

Mayat tersembam dalam parit!

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

KEHILANGAN seorang lelaki Orang Asli yang tidak pulang ke rumah terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mayat Ajis Ujang, 55, ditemui dalam keadaan tersembam dalam parit oleh penduduk pada jam 7.40 malam.

Katanya, anak lelaki mangsa memberitahu bapanya itu tidak pulang ke rumah selepas keluar jam 2 petang kelmarin, sebelum mayatnya ditemui.

“Sebaik menerima laporan, polis ke lokasi dan mendapati anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa bersama sebuah motosikal dari dalam parit. Kita percaya mangsa terbabas sebelum terjatuh dan meninggal dunia.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Nor Marzukee berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh kerosakan hati dengan terdapat nanah dalam hati yang pecah.

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 5:17pm
d