mutakhir

Bayi terperangkap dalam kereta

Oleh Farah Suhaidah Othman

BAYI perempuan berusia lingkungan lima bulan terperangkap di dalam kereta selepas kenderaan itu terkunci ketika penjaganya dipercayai keluar ke Pejabat Pos Slim River, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, anggota bomba mendapati bayi perempuan itu terperangkap di bahagian tempat duduk belakang.

“Anggota bertindak menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu belakang kereta sebelum berjaya mengeluarkan bayi itu.

“Bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi berkenaan ditamatkan jam 2.08 petang.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 6:53pm
d