mutakhir

Tawar seks pada penumpang?

Oleh BERNAMA

PIHAK MyCar membuat satu laporan polis terhadap salah laku pemandunya yang tular di media sosial pada 27 Januari lalu yang dikatakan menawarkan khidmat seks kepada seorang penumpangnya.

Pegawai Bahagian Korporat dan Komunikasi MyCar Nur Atika Mat Nor ketika dihubungi Bernama berkata satu laporan polis dibuat pada 28 Januari di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, Selangor.

“Laporan polis dibuat untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga nama baik MyCar dan memaklumkan kepada mangsa untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak MyCar sudah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu itu dengan menyenarai hitam akaun pemandu MyCar terbabit,” katanya.

Menurutnya pihak MyCar sentiasa menitik beratkan segala aspek keselamatan penumpang dan juga keselamatan pemandu dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.

"Setakat ini kami hanya terima laporan daripada pihak MyCar, laporan polis daripada mangsa belum lagi, kita akan siasat kes ini,” katanya.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 9:10pm
d