mutakhir

Gajah 'masuk' CCRC

Oleh Ibrahim Isa

KIRA-KIRA 20 ekor gajah menceroboh Pusat Rawatan dan Pemulihan Narkotik (CCRC) Kota Tinggi, hari ini, dipercayai untuk mencari makanan.

Difahamkan, gajah berkenaan mula menceroboh perkarangan CCRC berikutan hutan berhampiran mula ditebang untuk pembangunan.

Ia adalah kali kejadian kedua dalam tempoh empat hari, selepas kumpulan gajah menceroboh kawasan Kampung Bukit Lintang, Lukut, untuk mencari makanan, Jumaat lalu.

Difahamkan, kumpulan gajah itu menceroboh perkarangan CCRC kira-kira jam 3 pagi dengan merosakkan pagar dan mula memakan tanaman di pusat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kira-kira jam 10.50 pagi, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, Jumaat lalu, sekumpulan gajah liar menceroboh masuk Kampung Bukit Lintang, Lukut dan merosakkan pelbagai tanaman termasuk pisang dan kelapa sawit.

Paling membimbangkan haiwan berkenaan hanya dua meter dari rumah penduduk.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 9:16pm
d