mutakhir

Roslan Hussin sudah tiada

Oleh Georgie Joseph

PELAKON veteran, Roslan Hussin, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira 5 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Berita itu disahkan anaknya, Siti Nurul Ain Emelia, 19, yang menjelaskan arwah sudah lama menghidap penyakit jantung.

“Kami masih terkejut dengan kehilangan ini. Ayah sudah lama sakit jantung,” katanya.

Menurut Nurul, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, pagi esok.

Arwah aktif mengarah dan berlakon sejak era 90-an. Antara filem lakonannya termasuklah Layar Lara dan arwah pernah mengarah Prince of the City yang dibintangi Datuk Aaron Aziz.

Awal tahun ini, arwah mendedahkan pergerakannya agak terbatas gara-gara serangan angin ahmar tahun lalu.

Arwah juga kerap keluar masuk hospital akibat sakit jantung sejak tiga tahun lalu.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 11:04pm
d