mutakhir

Sultan Johor berangkat ke rumah exco [METROTV]

Oleh Mary Victoria Dass

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli berangkat ke kediaman Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Phua Wee Tse sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Senibong Cove, Johor Bahru, hari ini.

Keberangkatan baginda diraikan dengan tarian singa dan diikuti dengan tradisi menggaul Yee Sang bersama ahli keluarga Jimmy.

Keluarga Jimmy turut mengambil peluang untuk bergambar kenangan bersama baginda dan permaisuri.

Baginda yang berangkat tiba pada 9 pagi turut bersantap dan beramah-mesra bersama keluarga Jimmy sebelum berangkat pulang.

Jimmy menyatakan tanda kesyukuran terhadap kehadiran baginda dan ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Hadir sama ke majlis berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung.

Gambar oleh Mohd Azren Jamaluddin

Disiarkan pada: February 5, 2019 @ 12:12pm
d