mutakhir

Mayat terapung tanpa identiti

Oleh Harun Yahya

PENDUDUK di Tanjung Maling, Sibu, gempar dengan penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Batang Rajang, hari ini.

Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk 8.30 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mayat itu dijumpai terapung dan hanya berseluar dalam.

“Pemeriksaan polis mendapati tiada kecederaan lain pada mayat berkenaan, melainkan hanya kulitnya yang mengelupas dan muka yang sudah mula membengkak.

“Namun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Stanley berkata, pengecaman mayat oleh pekerja kapal warga India mengesahkan mayat yang ditemui bukan rakan mereka yang dilaporkan menghilangkan diri selepas terjatuh dari kapal, Ahad lalu.

“Pengesahan sama ada mayat itu sama ada warga tempatan atau warga asing hanya dapat dibuat selepas laporan bedah siasat lengkap memandangkan mayat sudah reput.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Disiarkan pada: February 5, 2019 @ 5:19pm
d