mutakhir

Pemimpin PAS terima duit RM90 juta ?

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima laporan daripada Polis Diraja Malaysia (SPRM) susulan dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pihaknya akan memulakan siasatan terhadap laporan berkenaan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya.

"Satu laporan polis oleh orang awam sudah dibuat kepada PDRM, dan pihak PDRM merujuk laporan itu kepada SPRM," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kepimpinan PAS sentiasa bersedia untuk disiasat SPRM bagi membersihkan nama parti.

Malah, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob dipetik berkata, beliau menganggap dakwaan itu adalah fitnah dan hanya andaian pihak tertentu.

Disiarkan pada: February 6, 2019 @ 4:31pm
d