mutakhir

Diserbu asyik sabung ayam

Oleh Recqueal Raimi

DUA belas lelaki yang sedang asyik berjudi sabung ayam di Kampung Lapasan, di Tuaran, ditahan polis 3.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, ketika serbuan dilakukan, sekumpulan lelaki berusia 28 hingga 69 tahun, sedang mengelilingi gelanggang menyabung ayam dan bertempiaran selepas menyedari kehadiran polis.

“Polis berjaya memberkas seramai 12 lelaki dan merampas 10 ekor ayam sabung dipercayai digunakan untuk berjudi.

“Turut dirampas empat sangkar dawai, dua unit jam randik dan wang tunai berjumlah RM12,907,” katanya ketika ditemui.

Dzulbaharin berkata, semua yang ditahan di bawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua yang ditahan itu berasal dari daerah ini, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Disiarkan pada: February 7, 2019 @ 8:47am
d