mutakhir

'Hmm panas-panas' status terakhir

Oleh Aizat Sharif dan Zuliaty Zulkiffly

‘HMM panas-panas’ menjadi status WhatsApps terakhir sempat dikemaskini salah seorang daripada tiga mangsa lemas di Rumah Pam, Sungai Pedu, Kampung Tanjung, Padang Terap, hari ini,

Nur Shariza Hafiza Samsudin, 14, memuatnaik status itu pada 12.43 tengah hari tadi iaitu kira-kira 15 minit sebelum lemas pada 1 tengah hari.

Selain Nor Shariza, turut lemas dalam kejadian itu ialah kakaknya, Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan datuk mereka, Mohamad Ramli Ibrahim, 65.

Ibu saudaranya, Sabariah Shaari, 46, berkata, dia sempat melihat status dikemaskini arwah Shariza yang menunjukkan gambar sungai itu sebelum dikejutkan dengan kejadian menimpa mereka.

“Mereka (kedua-dua beradik) bersama ibu dan adik bongsu mereka yang menetap di Taman Persisir Kota, Kuala Kedah pulang ke kampung di Kampung Tanjung, Isnin lalu sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Namun, tidak sangkalah sebab kali terakhir jumpa mereka di rumah saya di Kampung Bokbok Tokai saya sempat bergurau dengan mereka supaya jangan balik kampung lama sangat,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Nerang hari ini.

Katanya, kedua-dua anak saudaranya itu ada memberitahu mereka mahu berkelah di kampung.

“Mereka ada beritahu nak balik kampung...nak berkelah.

“Mereka sempat mengadakan acara makan malam sebelum pergi berkelah, hari ini, tapi betul lah... saya memang tak sangka,” katanya.

Berita berkaitan

'Pilunya lihat suami, dua cucu lemas'

'Tragedi berkelah, 1 lemas, 2 hilang'

Disiarkan pada: February 7, 2019 @ 8:01pm
d