mutakhir

Filipina dilanda gempa

Oleh BERNAMA

GEMPA bumi dengan magnitud 6.0 pada skala Richter berlaku 146 kilometer (km) timur dari Surigao City, yang terletak di timur laut Pulau Mindanao, Filipina jam 7.55 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Disiarkan pada: February 8, 2019 @ 9:46pm
d