mutakhir

Masih ada tiga titik kecil api

Oleh Safuri Kamarudin

OPERASI memadam kebakaran hutan Gunung Baling masih diteruskan kerana terdapat tiga titik kecil api yang dikesan selepas tinjauan dibuat menggunakan dron hari ini.

Ketua Balai Bomba Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, setakat ini peratus kebakaran dalam skala kecil dan titik itu sahaja yang menjadi keutamaan anggota keselamatan untuk dipadamkan.

“Sekali angin kuat, kawasan kebakaran akan berasap... kemudian hilang, ia membuatkan proses mencari ‘spot’ kebakaran menjadi sukar.

“Titik itu umpama bara tunggul besar dan tanah gambut sahaja,” katanya.

Mohd Jamil berkata, cuaca panas dan berangin juga menyukarkan anggota keselamatan kerana ada titik kebakaran nampak di celah-celah batu yang curam.

“Apa pun usaha mengawal dan memadam dengan memukul api diteruskan sehingga terpadam sepenuhnya.

“Kita terus memantau supaya api tidak merebak dengan berskala besar di kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Tinggal satu titik kebakaran lagi
  • Hampir 85 peratus kebakaran Gunung Baling dipadam
  • Kebakaran di Gunung Baling semakin marak
  • Kebakaran Gunung Baling semakin merebak
  • Gunung Baling terbakar lagi
  • Disiarkan pada: February 10, 2019 @ 8:45pm
    d