mutakhir

Terima kasih orang awam...

Oleh Mohd Sabran Md Sani

TINDAKAN pantas orang awam berjaya menyelamatkan pemandu Perodua Myvi daripada rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Skudai menghala Taman Impian Emas di Johor Bahru, hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, satu jentera membabitkan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.25 pagi.

“Kami menerima panggilan memaklumkan Perodua Myvi terbabas dan terbakar.

“Difahamkan, kereta itu dari Johor Bahru menghala ke jejambat Taman Impian Emas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbalik dan terbakar.

“Sebaik pasukan kami tiba, pemandu, M Ashok Kumar yang beralamat di Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor, berjaya diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika mengesahkan kejadian.

Disiarkan pada: February 11, 2019 @ 11:18am
d