mutakhir

Prosiding hari kedua inkues di lokasi kejadian [METROTV]

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli

PROSIDING hari kedua inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, hari ini, diadakan di lokasi kejadian rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Ia bagi mendapat gambaran jelas mengenai kejadian berkenaan.

Koroner Rofiah Mohamad dan pihak berkepentingan hadir ke lokasi jam 11.20 pagi.

Mereka disertai oleh Pegawai-pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah.

Turut serta, pihak berkepentingan termasuk barisan peguam keluarga Muhammad Adib, peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Majlis Peguam.

Prosiding dimulakan dengan saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor memberi keterangan di lokasi kebakaran kereta di tepi jalan berhampiran kuil.

Pemandu Fire Rescue Team (BBP) Subang Jaya itu turut dilihat memberikan keterangan di satu lokasi berhampiran kuil.

Kesemua mereka kemudian menuju ke arah lokasi yang mana jentera berkenaan dikatakan berundur, pada masa kejadian.

Hampir 50 petugas media turut berada di lokasi kejadian, sejak jam 9 pagi, bagi mengikuti prosiding berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Inkues Adib
  • Disiarkan pada: February 12, 2019 @ 11:59am
    d