mutakhir

Cedera bergelut dengan peragut

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

WANITA cedera dan kerugian RM5,000 selepas rantai emas miliknya diragut lelaki tidak dikenali di Taman Merak, Kulim, semalam.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa, 54, yang sedang menyiram pokok di belakang rumahnya menyedari suspek, 25, menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, mangsa kemudian ingin masuk ke dalam rumah namun tiba-tiba didatangi suspek dan meragut rantai emasnya menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

Menurutnya, dalam pergelutan itu, topi keledar dipakai suspek tertanggal dan cukai jalan motosikalnya turut tercicir sebelum dia melarukan diri.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di jari tangan kanan tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan iti, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya di stesen minyak di Taman Bersatu pada 6.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian itu dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 10:35am
d