mutakhir

Lima cedera bas rempuh treler

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

LIMA penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 294 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.10 pagi.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan bantuan BBP Tapah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler.

“Lima mangsa cedera manakala 11 yang lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

“Semua mangsa dibawa menggunakan EMRS (Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) dan ambulans ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan jam 1.47 pagi.

Disiarkan pada: February 15, 2019 @ 9:13am
d