mutakhir

Panjat tinggi-tinggi, kau nak petik kelapa ke?

Oleh Shahrinnahar Latib

SEPASUKAN anggota bomba menyelamatkan seekor kucing terperangkap di atas pokok kelapa setinggi sembilan meter di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.04 pagi daripada seorang penduduk kampung.

Katanya, sebuah jentera dengan empat anggota ke bergegas lokasi dan sebaik tiba, seekor kucing terperangkap di atas pokok kelapa berdekatan rumah penduduk.

“Bomba menggunakan tangga untuk mendekati kucing ini yang berada pada ketinggian kira-kira sembilan meter dan berjaya dibawa turun dengan selamat.

“Mujur kucing ini yang dipercayai sudah beberapa jam berada di atas pokok tidak agresif dan mudah menangkapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada penduduk kampung yang turut berada di lokasi.

“Operasi tamat pada jam 11.49 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: February 15, 2019 @ 10:56am
d