mutakhir

Syed Saddiq dakwa 'diserang' penyokong BN [METROTV]

Oleh Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid

KEADAAN luar Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Cempaka kecoh apabila Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan diserang Pemuda Barisan Nasional (BN).

Suasana hiruk-pikuk berlaku apabila Syed Saddiq dilihat melewati lokasi penyokong BN berhimpun sebaik selesai proses penamaan calon.

Twitter TeamSaddiq dalam statusnya mendakwa menteri muda itu ‘diserang’ oleh penyokong BN.

Penyokong didakwa mengejek dan melemparkan kata-kata kesat berikutan tidak berpuas hati dengan Menteri Belia dan Sukan itu.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, beberapa pegawai dan anggota polis serta Jabatan Amal PAS bertindak mengiringi Syed Saddiq menuju kenderaannya.

Sepanjang perjalanan menuju kenderaan, penyokong BN mengekorinya sambil melemparkan kata-kata kesat terhadap Ketua Armada BERSATU berkenaan.

Sementara itu, Syed Saddiq melalui akaun Twitternya berkata, beliau menghormati hak penyokong BN memakinya.

“Nak caci saya babi, bangsat, hancing saya hormati, tapi kalau sampai serangan fizikal, itu sudah melampau.

“Saya terhutang budi kepada pihak polis dan Unit Amal berdekatan, tanpa mereka saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Disiarkan pada: February 16, 2019 @ 1:26pm
    d