mutakhir

Kebakaran hotel Makkah: Tiada rakyat Malaysia terbabit

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

KEMENTERIAN Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran di hotel di Makkah, Arab Saudi, semalam.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat maklumat yang diterima oleh pihaknya, tiada rakyat Malaysia yang terbabit.

Terdahulu, laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan, kejadian disyaki berlaku pada 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan hotel yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar.

Bagaimanapun, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, sebelum ia memusnahkan seluruh bangunan. Menurut laporan tiada kemalangan nyawa berlaku.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif, berkata kebakaran dikatakan bermula dari satu longgokan sampah, sebelum merebak ke kawasan hotel. Jarak hotel berkenaan dikatakan hanya 100 meter dari Masjidil Haram.

Disiarkan pada: February 18, 2019 @ 3:18pm
d