mutakhir

Damailah di sana, Siti Masitah... [METROTV]

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

JENAZAH Siti Masitah Ibrahim, 11, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang, Pekan, 8.45 malam ini.

Sebelum pengebumian itu disempurnakan, jenazah arwah dituntut ibunya Solihah Abdullah, 35, di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, kira-kira 5 petang hari ini, sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah kemudian dibawa ke surau Kampung Tanjung Kemahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan malam ini.

Suasana pilu mengiringi jenazah Siti Masitah sebaik tiba di surau Kampung Tanjung Kemahang, Pekan, dengan kira-kira 50 penduduk kampung berada di perkarangan surau sebelum mengiringi jenazah kanak-kanak itu ke tanah perkuburan.

Dalam kejadian 4 petang, 9 Februari lalu, mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah dibunuh dalam tempoh lebih seminggu.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang keluarganya pada 5 petang, 30 Januari lalu, sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan sebelum ini memaklumkan, suspek lelaki berusia 23 tahun ditahan pada 2 pagi 31 Januari lalu bagi membantu siasatan kehilangan Siti Masitah.

Siasatan dilakukan polis mendedahkan suspek mengaku membunuh Siti Masitah menggunakan kayu kerana dendam sebelum dia direman selama seminggu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

Jenazah Siti Masitah dituntut keluarga [METROTV]

Apa fungsi Nur alert?

'Biar Allah tentukan nasib pembunuh Siti Masitah' [METROTV]

Ibu, keluarga Siti Masitah dipanggil beri keterangan

Nak kebumi Siti Masitah segera

Dendam, marah keluarga punca Siti Masitah dibunuh

Rakan terbayang lambaian Siti Masitah

Ibu Siti Masitah merayu, berlutut depan suspek

Disiarkan pada: February 18, 2019 @ 10:10pm
d