mutakhir

Tambang KTM komuter diskaun 20 peratus

Oleh BERNAMA

PENUMPANG Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bakal menikmati diskaun tambang 20 peratus bagi semua lima jajaran seluruh negara bermula 1 April depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet susulan cadangan kementerian pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lalu bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.

Menurutnya, inisiatif itu memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth, Butterworth-Padang Besar, Port Klang-Tanjung Malim, Seremban-Batu Caves dan Sungai Gadut-Tampin.

“Bagi warga tempatan yang menggunakan sistem transaksasi tanpa wang di stesen komuter, mereka sudah menikmati diskaun 20 peratus dan mendapat tambahan 20 peratus lagi seperti diputuskan hari ini. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.

“Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian memandangkan faktor kos pengangkutan adalah ketiga tertinggi menyumbang kepada kos sara hidup,” katanya ketika sidang media di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 5:57pm
d