mutakhir

Misteri wanita cuba terjun jambatan terungkai

Oleh Ibrahim Isa

WANITA tempatan yang tular di media sosial dengan dakwaan cuba terjun dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, pada 10.10 pagi hari ini sebenarnya menghidap penyakit lupa ingatan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan kejadian cubaan terjun dari Jambatan Sultan Ismail seperti tular di laman sosial.

“Hasil siasatan mendapati, wanita tempatan berusia 48 tahun itu menghidap masalah kesihatan ‘Micro Seizures’ (lupa ingatan) sejak tujuh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

“Perkara itu disahkan suami wanita berkenaan yang tampil bersama dokumen pemeriksaan dan rawatan di hospital yang pernah dan sedang dijalani isterinya.

“Berikutan itu, diharapkan penjelasan ini dapat memberikan fakta sebenar kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa sama polis memohon kerjasama semua pihak untuk menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian itu bagi mengelak sebarang spekulasi dan salah tafsir masyarakat.

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 9:12pm
d