mutakhir

Rumah simpan barang lusuh hangus

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

RUMAH yang dijadikan stor penyimpanan barang lusuh berhampiran kondominium di Lorong Delapan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 6.40 pagi tadi.

“Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP

Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya, 7.52 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Nordin berkata, kebakaran itu menyebabkan rumah berkenaan musnah 100 peratus dalam kejadian terbabit.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 10:39am
d