mutakhir

Pecah rumah culik 'Tuhan'

Oleh BERNAMA

POLIS menahan seorang lelaki berusia 32 tahun ketika sedang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Datuk Mansor, Taman Seri Pulasan, Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek ditahan jam 4.30 pagi oleh anggota kereta peronda yang menerima maklumat berkaitan kejadian itu.

“Polis berjaya tangkap suspek yang ketika itu sedang bersembunyi di dapur rumah yang dipecah masuk.

“Suspek mencuri sebuah patung tembaga alat sembahyang dan nilai dianggarkan lebih kurang RM300,” katanya.

Thiew berkata, hasil saringan awal ujian air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 3:34pm
d