mutakhir

Komitmen PAMB lindungi kewangan pelanggan

Oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad

Sejak awal lagi insurans menjadi subjek yang tabu dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tahap kesedaran tidak tertumpu kepada kepentingan menangani risiko kewangan. Sedar akan kekurangan ini, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) terus memegang teguh untuk melindungi rakyat Malaysia dengan menyediakan produk insurans yang komprehensif dalam memenuhi jurang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Gan Leong Hin berkata, pihaknya mahu memberikan bukan sekadar perlindungan kewangan kepada pelanggan, tetapi turut menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupan mereka.

Bertapak sejak 95 tahun lalu, PAMB memperkenalkan komitmen jenama yang dinaik taraf dalam meningkatkan usahanya supaya kekal relevan di antara pesaing yang lain – Mendengar. Memahami. Melaksana di mana ia memperkukuhkan fokusnya pada hubungan manusia, kesederhanaan dan inovasi untuk pelanggan sekarang dan masa hadapan.

Gan berkata, pihaknya berpegang pada janji Prudential iaitu ‘Mendengar. Memahami. Melaksana’ yang menjadi teras dalam segala aktiviti atau inisiatif yang akan dijalankan tahun ini.

Seiring dengan komitmen jenama yang berpegang kepada kempen PAMB iaitu WE DO baharu, ia memberikan perhatian terhadap kehendak pelanggan masa kini yang sering mencari kemajuan dalam kehidupan.

Tambah Gan, PAMB antara yang pertama memperkenalkan pelbagai penyelesaian insurans yang inovatif kepada pelanggan antaranya produk pautan pelaburan yang pertama pada 1997 dan pada 2010, PAMB juga mendahului pesaingnya memberi perlindungan pranatal seperti PRUMy Child.

“Inovasi terhadap produk menjadi DNA kami di mana kami meletakkan kepentingan pelanggan dalam setiap penyelesaian insurans kami,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, PAMB memperluaskan perlindungan produk PRUMy Child kepada PRUMy Child Plus di mana ia memberikan perlindungan kepada bayi IVF yang juga satu-satunya dalam pasaran.

PAMB juga memberikan perlindungan pranatal dan bayi baru lahir terutama bagi penyakit jaundis dan masalah kongenital sehingga bayi berusia lima tahun*.

Pada 2018, PAMB juga melancarkan pelan khusus bagi penyakit kanser dengan perlindungan tertinggi di pasaran sehingga RM2 juta. Pada 2019, PAMB memperluaskan senarai penyakit kritikal iaitu sebanyak 43 jenis penyakit iaitu perlindungan tertinggi di pasaran buat masa ini.

Selain memberikan penyelesaian insurans dalam mengurangkan masalah bebanan kewangan kepada pelanggan, bantuan kepada golongan kurang bernasib baik antara agenda yang kerap diusahakan PAMB melalui Program Pelaburan Komuniti (PPK).

Gan berkata, PPK adalah berdasarkan prinsip yang teguh iaitu melaksanakan perkara yang dilakukan dengan baik. Oleh itu, titik fokus bagi PPK tertumpu kepada perlindungan kewangan dan pendidikan kewangan.

Menurut Jabatan Statistik, populasi kumpulan B40 di Malaysia meningkat sebanyak 6.6 peratus pada 2017 berbanding 2016. Memahami permasalahan ini, melalui PRUKasih yang diperkenalkan pada 2011, PAMB ingin memberikan perlindungan percuma untuk membantu keluarga yang berdepan dengan beban kewangan dan emosi kerana kehilangan pencari nafkah.

PRUKasih bertujuan memperkasa keluarga berpendapatan rendah supaya mempunyai ketahanan dari segi kewangan untuk berdepan dengan ketidaktentuan dan menggalakkan mereka membina semula kehidupan masing-masing.

Program ini menyediakan perlindungan kewangan kepada 40,000 isi rumah di 36 komuniti di seluruh negara dan sudah membayar tuntutan berjumlah RM3.7 juta sejak 2014.

Selain itu, PAMB juga turut menitikberatkan kepentingan pendidikan kewangan dan menyedari pendidikan kewangan perlu dimulakan pada usia muda, PAMB memupuk dan membina daya tahan kewangan dalam kalangan masyarakat menerusi program pendidikan kewangan untuk kanak-kanak - Cha-Ching dan Duit Right.

Keseluruhannya, program pendidikan kewangan PAMB sudah mencapai lebih 85,000 individu daripada 464 sekolah dan komuniti, dengan usaha berterusan mempromosikan tabiat kewangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak melalui program pendidikan kewangan mereka.

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 9:32am
d