mutakhir

Ibu bayi lelaki dicari

Oleh Mohd Khidir Zakaria

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon kerjasama orang ramai mengesan waris bayi lelaki berusia 16 hari untuk membantu proses dokumentasi.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Port Dickson, Zulida Zulkifli berkata, bayi itu diserahkan kepada JKM oleh wanita yang diminta menjaga bayi terbabit oleh individu tidak dikenali.

“Wanita berusia 22 tahun itu mendakwa didatangi seorang wanita yang memintanya menjaga bayi yang baru dua hari dilahirkan di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang tanpa sebarang dokumen.

“Bagaimanapun, beberapa hari kemudian wanita yang menyerahkan bayi itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi,” katanya hari ini.

Zulida berkata, wanita itu membuat laporan polis dan bayi diserahkan kepada JKM pada 19 Februari lalu untuk tindakan lanjut.

JKM meminta ibu kandung bayi terbabit hadir di pejabat JKM Port Dickson untuk proses pendaftaran dan dokumentasi bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu atau waris bayi terbabit boleh menghubungi pejabat JKM Port Dickson di talian 06-6471920.

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 9:20pm
d