mutakhir

Polis kesan saksi kes dadah

Oleh Rosli Ilham

SEORANG wanita dikehendaki polis Dungun bagi perbicaraan satu kes mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita itu, Roslizawati Zakaria, 40, beralamat di No 220, Felda Rasau Kerteh 6, Ketengah Jaya Dungun.

Menurutnya, Roslizawati diperlukan bagi perbicaraan di Mahkamah Majistret Dungun, esok.

“Polis sedang mengesan wanita itu yang dikehendaki bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Kami memohon kerjasama orang ramai atau individu yang memiliki maklumat mengenai wanita berkenaan supaya tampil membantu.

“Mereka diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Hafifidi talian 013 4459765,” katanya.

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 9:43pm
d