mutakhir

Upah jurunikah dan saksi naik

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

BAYARAN upah nikah kepada jurunikah dan dua saksi di Perak dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bermula 1 Mac ini.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di laman Facebook (FB) rasminya memaklumkan, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Perak yang bersidang 23 Januari lalu bersetuju meluluskan cadangan itu.

Katanya, kenaikan daripada RM100 kepada RM200 itu adalah membabitkan jurunikah RM140 serta saksi pertama dan kedua masing-masing RM30.

“Sehubungan itu, kadar baru itu akan berkuatkuasa 1 Mac ini.

“Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di semua daerah di negeri ini,” katanya hari ini.

Disiarkan pada: February 26, 2019 @ 4:05pm
d