mutakhir

Padah bawa parang, pisau

Oleh BERNAMA

SEORANG penganggur penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana memiliki sebilah parang dan pisau di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa, minggu lepas.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Raduwan Abdul Rahman, 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Februari lalu.

Raduwan didakwa memiliki senjata berbahaya sebilah parang dan pisau masing-masing berukuran 46 sentimeter dan 34 sentimeter di tempat awam tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa di tempat letak motosikal di Taman Maluri, Cheras di sini pada 1.35 petang, 20 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi memohon hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf.

Disiarkan pada: February 26, 2019 @ 4:22pm
d