mutakhir

Papagomo didakwa esok

Oleh Norizuan Shamsuddin

EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok berkaitan kes cekak leher Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

Muhamad Azri atau dikenali Papagomo menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan perkara itu.

“Saya akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 509 akta sama kerana mengaibkan atas arahan pejabat Peguam Negara.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa Syed Saddiq mengalami kecederaan 'soft injury' pada tisu badannya dan atas sebab kecederaan serius itu, saya dituduh.

“Saya reda dengan hal ini dan akan hadir pada 9 pagi esok Mahkamah Kajang bersama-sama dengan isteri dan sahabat seperjuangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahkan Muhammad Azri akan dituduh di Mahkamah Kajang, esok.

Dalam kejadian 16 Februari lalu, Ahli Parlimen Muar terbabit mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), pada 10.45 pagi.

Susulan kejadian, polis menahan Papagomo di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur keesokannya bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Berita berkaitan:

  • "Kertas siasatan kes Papagomo dan Syed Saddiq ke DPP
  • "Papagomo dibebaskan
  • "Reman Papagomo tiga hari
  • "Papagomo antara 2 individu dipanggil' - Syed Saddiq
  • "Saya tak tahu kenapa leher dicekak' - Syed Saddiq
  • Syed Saddiq dakwa 'diserang' penyokong BN [METROTV]
  • Dua laporan polis diterima
  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Disiarkan pada: February 27, 2019 @ 11:45pm
    d