mutakhir

Rugi RM120,000, rumah dipecah masuk

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEORANG lelaki kerugian RM120,000 selepas disamun tiga penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Taman Puchong Utama, Subang Jaya, hari ini.

Kejadian berlaku pada 6.11 pagi dengan semua penjenayah terbabit bersenjatakan besi dan kayu.

Sumber berkata, tiga lelaki berkenaan melarikan wang tunai, barang kemas dan beberapa jam tangan mangsa.

“Suspek turut melarikan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang diparkir di hadapan rumah.

“Ketika kejadian, mangsa bersendirian di rumahnya dan dia tidak mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Katanya, pasukan forensik polis yang melakukan siasatan berjaya menemui cap jari suspek di dalam rumah itu.

“Siasatan lanjut terus dijalankan termasuk mengesan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 28, 2019 @ 3:44pm
d