mutakhir

Aiman tiba untuk mengundi [METROTV]

Oleh Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid

CALON Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain Kampung Baru Semenyih, 8 pagi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Beliau yang berbaju merah ditemani isteri Nurul Filzah Bakhtiar, 29, yang juga anak penyandang ADUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.

Beliau akan mengundi sebelum menemani isteri mengundi di SK Ulu Semenyih selepas ini.

Berdasarkan Daftar Pemilih pada Suku Ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019, jumlah pengundi biasa yang layak mengundi pada PRK DUN Semenyih adalah seramai 53,520 orang.

Daripada jumlah itu 109 orang mengundi secara pos menjadikan jumlah yang layak mengundi adalah 53,411 orang.

Pengundi dinasihatkan merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun waktu mengundi ditetapkan dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Disiarkan pada: March 2, 2019 @ 8:23am
    d