mutakhir

Tujuh maut kerana denggi

Oleh Zuhainy Zulkiffli

PULAU Pinang menunjukkan penurunan kes demam denggi sebanyak 13 peratus iaitu 129 kes pada minggu kesembilan 2019, berbanding pada minggu kelapan dengan 148 kes.

Bagaimanapun, jumlah kematian mencatatkan peningkatan 600 peratus iaitu tujuh kematian berbanding satu bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Jurucakap Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkata, ia menjadikan secara kumulatif, sebanyak 1,747 kes denggi dilaporkan berbanding 697 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 1,050 kes (151 peratus).

Katanya, sehingga kini sebanyak lima lokaliti kawasan panas dikenal pasti iaitu masing-masing dua di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara serta satu di Seberang Perai Selatan.

“Kawasan itu ialah Eden Seaview Condominium, Taman Sri Pinang, Jalan Mohd Saad, Kompleks Chain Ferry dan perkampungan Valdor A.

“Manakala tiga lokaliti wabak tidak terkawal dikenal pasti di Feringghi Delima Condo, Kompleks Pulau Mutiara dan Lebuh Macallum di daerah Timur Laut serta lokaliti Jalan Tuna dan Rumah Pangsa Kerajaan Negeri di Seberang Perai Tengah,” katanya dalam satu kenyataan di Georgetown, semalam.

Sehingga ini, terdapat 37 lokaliti wabak terkawal iaitu di Taman Seri Damai, Solok Free School, Jalan Kebun Nyior, Lebuh Keng Kwee, Flat Taman Gambir, Jalan Kelantan, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Jalan Shaik Eusoff, Taman Kheng Tian, Eastern Court Apartment, Taman Lone Pine, dan Desasiswa Cahaya Gemilang, dari daerah Timur Laut.

Di daerah Barat Daya pula ialah di Flat Vanila, Halaman Mayang, Taman Teluk, Flat, Lintang Sg Batu, Taman Kumbar Permai, Saujana Height, Lorong Nelayan, Kg Baru Sungai Ara dan Pintasan Pasir Belanda selain Taman Mesra A di Seberang Perai Utara.

Di daerah Seberang Perai Tengah pula membabitkan Taman Alma (Damai), Jalan Dato Ooh Cheng Bukit Mertajam, Tmn Desa Damai (Lebuh Nangka), Lorong Pearl View, Taman Sejahtera (Zon D), Pangsapuri Desa Palma, Taman Perwira, Apartmen Permata Zon, Taman Asas Murni, Perkampungan Macang Bubuk, Flat Limau Manis, Lengkok Siakap, dan Pangsapuri Pauh Damai serta Taman Belibis dan Taman Merak A di Seberang Perai Selatan.

Disiarkan pada: March 5, 2019 @ 12:37am
d