mutakhir

13 kereta musnah dalam kebakaran bengkel

Oleh Shamsul Munir Safini

SEBUAH bengkal mengecat kenderaan Jalan Terusan, Jelutong terbakar menyebabkan 13 kereta milik pelanggan turut musnah semalam.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, bengkel kelas B berkeluasan 2,000 meter persegi itu terbakar 40 peratus memusnahkan 13 kereta termasuk lima yang 20 peratus terbakar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pegawai Bomba Kanan II Rohaizal Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.50 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran memusnahkan 40 peratus kawasan hadapan bengkel.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.17 pagi dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 3.58 pagi,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.33 pagi dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian sebenar.

Disiarkan pada: March 8, 2019 @ 6:13pm
d