mutakhir

Wanita maut tersepit bawah lori 10 tan

Oleh Poliana Ronnie Sidom

WANITA maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 25, dekat Sandakan, petang semalam.

Wanita yang belum dikenal pasti identiti itu dipercayai membonceng motosikal parah akibat tersepit di bawah lori 10 tan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu 5.37 petang dan menghantar enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal cuma cedera ringan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent dengan menaiki ambulans,” katanya.

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 8:13am
d