mutakhir

Mayat Cikgu Ya ditemui

Oleh Hadzlihady Hassan

MAYAT Yahaya Mohamed, 80, atau dikenali Cikgu Ya yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui di kawasan hutan Bukit Cengkih, Titi Serong, Balik Pulau, hari ini.

Anaknya, Mohamed Rahimi Yahya, 44, berkata, mayat bapanya itu ditemui jam 4.45 petang tidak jauh dari lokasi penemuan Perodua Kancil miliknya di kawasan terbabit.

Mayat bapa ditemui kira-kira 50 meter dari lereng bukit dan dia dipercayai terjatuh ketika berjalan di kawasan itu.

“Selain itu, kepalanya juga didapati berdarah kerana terhantuk batu ketika terjatuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yahaya sebelum ini dilaporkan hilang selepas dia menghantar lebihan nasi untuk makanan ayam ke rumah saudara mereka di Kampung Terang.

Setakat ini, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa mayat terbabit keluar dari kawasan lereng bukit itu.

Berita berkaitan

Jumpa kereta Cikgu Ya atas bukit

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 5:58pm
d