mutakhir

Pemandu ditemui rentung dalam kereta [METROTV]

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

PEMANDU ditemui rentung selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dan terbakar di Jalan Besar Palong Lapan, Jempol pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Mohd Hazreen Mohd Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 9.59 pagi.

Menurutnya, operasi membabitkan dua jentera termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dengan kekuatan 13 pegawai dan anggota.

“Kebakaran membabitkan sebuah kereta yang terbabas, dan kenderaan itu musnah 100 peratus.

“Kita menemui seorang pemandu rentung di dalam kereta berkenaan. Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, identiti dan jantina mangsa belum dikenal pasti.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 2:41pm
d