mutakhir

Udara dua kawasan berjerebu

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

PUTRAJAYA dan Shah Alam, Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan menerusi laman web apims.doe.gov.my milik Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya merekodkan bacaan IPU 101 manakala Shah Alam pula IPU 166.

Putrajaya turut merekodkan bacaan tertinggi pada jam 2 petang tadi iaitu IPU 114 manakala Shah Alam mencatatkan bacaan IPU 111 dan 106 masing-masing pada jam 4 dan 5 petang tadi.

Selain itu, 47 lokasi lain merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 17 lokasi lain pula berada pada bacaan IPU baik.

Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan IPU sederhana selain dua lokasi masing-masing di Miri, Sarawak dan Kimanis, Sabah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bacaan IPU terkini menerusi laman web apims.doe.gov.my.

Disiarkan pada: March 11, 2019 @ 7:29pm
d