mutakhir

Meninggal selepas tidak sedarkan diri

Oleh Rosli Ilham

WANITA meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di Jalan Nibong, Dungun, hari ini.

Siti Hasinah Mohamed Zafuan, 25, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, Mazlan Omar, 36, kira-kira 6 pagi, sebelum cuba memberi minuman kepadanya.

Menyedari keadaan isterinya semakin nazak, suami mangsa kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Alur Tembesu untuk meminta bantuan.

Pegawai perubatan yang tiba di rumah pasangan itu jam 6.20 pagi melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke rumah mangsa sebelum membawa mayat mangsa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kini berada di Bilik Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Disiarkan pada: March 12, 2019 @ 2:05pm
d