mutakhir

43 sekolah kena tutup

Oleh Digital HM

SEMBILAN lagi sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor, ditutup menjadikan keseluruhan 43 sekolah dikenakan perintah berkenaan sehingga 7 malam tadi.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan, selain 43 sekolah terbabit, turut ditutup adalah Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Senarai sekolah ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex, SMK Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang 2, SMK Dato Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3, SMK Pasir Gudang, SMK Bandar Seri Alam, SMK Taman Rinting 2, SMK Taman Megah Ria dan SMK Seri Alam 2.

Turut ditutup Kolej Vokasional Pasir Gudang, Sekolah Seni Malaysia, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, SK Taman Rinting, SK Taman Bukit Dahlia, SK Pasir Gudang 4, SK Taman Nusa Damai dan SK Kopok.

Selain itu, SK Taman Cahaya Masai, SK Taman Rinting 2, SK Taman Cendana, SK Taman Rinting 3, SK Masai, SJKT Pasir Gudang, SK Cahaya Baru, SJKC Chee Tong, SJKC Masai, SK Sungai Tiram, SJKT Masai dan SK Seri Kota Puteri.

Sekolah lain adalah SK Pasir Gudang 2, SMK Sungai Tiram, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Kota Masai, SMK Kota Masai 2, SK Pasir Puteh, SK Perigi Acheh, SK Kota Masai 3, SK Taman Pasir Putih, SMK Pasir Putih, SK Kota Masai dan SK Kota Masai 2.

Semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta kokurikulum dihentikan sementara dan Kementerian Pendidikan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mendapatkan keputusan mereka di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas 10 pagi esok.
Alamat dan nombor telefon PPD Pasir Gudang adalah d/a SK Seri Kota Puteri 4, JalanPenaga, Bandar Baru Kota Puteri, Pasir Gudang dan boleh hubungi 07-3881210.

Calon SPM boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi 14 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 20 Mac 2019.

Keputusan boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

LP prihatin dengan situasi dihadapi calon yang terjejas dengan bencana ini.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Disiarkan pada: March 13, 2019 @ 10:15pm
    d