mutakhir

624 calon SPM Perak dapat semua A

Oleh Balqis Jazimah Zahari

SERAMAI 624 atau 2.06 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Perak memperoleh keputusan cemerlang semua dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu menunjukkan penurunan berbanding 734 calon atau 2.20 peratus mendapat cemerlang semua A pada 2017.

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Mohd Rosli Ahmad berkata, sebilangan besar yang memperoleh keputusan cemerlang itu mengambil sembilan dan 10 mata pelajaran.

“Daripada kumpulan pelajar cemerlang berkenaan, enam orang calon yang mengambil 12 mata pelajaran, 102 calon (11 mata pelajaran), 262 calon (10 mata pelajaran), 241 calon (9 mata pelajaran), 13 calon untuk lapan matapelajaran.

“Indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi 2018 adalah 5.01 berbanding 4.98 pada 2017, turun sebanyak 0.03 mata,” katanya pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sekolah terbaik negeri diikuti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Ulul Albab Kerian.

Katanya, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga menurun sebanyak 0.02 mata GPN iaitu 0.43 pada tahun ini berbanding 0.45 tahun 2017

Disiarkan pada: March 14, 2019 @ 6:30pm
d