mutakhir

Skandal rasuah lebih RM30 juta

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai kanan badan berkanun bagi membantu siasatan skandal projek yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Sumber berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, selepas hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati pegawai kanan terbabit bersubahat bersama tiga lagi individu yang direman Selasa lalu bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa sebuah suruhanjaya perkhidmatan,” katanya kepada wartawan Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 6:22pm
d