mutakhir

Dua lagi `abang kawasan' diberkas SPRM

Oleh Hasbi Sidek

DUA lagi individu ditahan menjadikan 16 suspek diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

kerana disyaki menerima wang sogokan puluhan ribu ringgit sebulan untuk melindungi premis urut di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua mereka ditahan pegawai SPRM semalam, melalui Ops Jejak, terhadap penjawat awam yang melindungi dan menerima sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.

Sumber berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 39 tahun itu ditahan jam 12.40 tengah hari dan 2.20 petang semalam, masing-masing di dua lokasi sekitar ibu negara.

“Kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Media pada Isnin lalu melaporkan seorang ketua polis balai antara 16 individu ditahan SPRM kerana disyaki menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Susulan itu, 14 individu termasuk tujuh penjawat awam direman antara empat dan lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan di Putrajaya, Selasa lalu.

Penjawat awam ditahan itu adalah tiga polis termasuk seorang Ketua Balai Polis, tiga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang pegawai bomba dan penyelamat, selain tiga orang awam.

  • Tujuh penjawat awam antara 14 yang direman [METROTV]
  • Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 8:05pm
    d