mutakhir

Kejamnya ibu!

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

MAYAT bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di jeti Sungai Beris Tok Ku, Permaisuri hari ini.

Bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas di tengah sungai oleh nelayan 4 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, lelaki terbabit sedang mencari bubu sebelum ternampak beg galas timbul di tengah sungai.

“Dia kemudian mengambil beg galas itu lalu meletakkannya di atas perahu sebelum rakannya bertindak membuka beg galas.

“Sebaik dibuka, mereka terkejut dengan penemuan mayat bayi itu sebelum segera ke jeti dan menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat bayi lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: March 21, 2019 @ 8:35pm
d