mutakhir

Naluri isteri

Oleh Erika George

KERESAHAN isteri selepas berkali-kali gagal menghubungi suaminya terjawab selepas lelaki itu ditemui mati tergantung di rumah mereka di Jalan Tanjung Kidurong, di Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, bimbang sesuatu buruk menimpa suaminya, wanita berkenaan yang berada di Kuching meminta abangnya memeriksa keadaan di rumahnya, 5.30 petang semalam sebelum menemui mangsa.

“Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, abang kepada wanita itu terkejut mendapati adik iparnya tergantung pada tali yang diikat pada kipas siling di satu daripada bilik tidur di rumah berkenaan sebelum menghubungi polis.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pasukan paramedik yang menjalankan pemeriksaan turut mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian,” katanya.

Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 11:41am
d