mutakhir

Dah samun, kau kelar pula

Oleh Mohd Khidir Zakaria

SEORANG lelaki parah selepas dikelar di leher dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Port Dickson, semalam.

Kejadian berlaku pada 10.40 malam ketika mangsa berusia lingkuan 40-an baru keluar dari bank berkenaan dan memasuki kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina yang diletakkan di hadapan premisnya itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, seorang lelaki tidak dikenali menghampiri dan menahan pintu MPV mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

“Mangsa dicederakan suspek sebelum dia melarikan kenderaan itu. Kejadian disedari seorang wanita yang berada di lokasi dan membantu mangsa.

“Wanita itu segera menghubungi polis dan membawa mangsa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 2:01pm
d