mutakhir

Cik Miera dipanggil ke inkues Adib

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli

PEMILIK akaun Facebook Cik Miera yang membuat catatan berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dipanggil tampil pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner, hari ini.

Jururawat Institut Jantung Negara (IJN) itu menjadi saksi ke-25 inkues berkenaan.

Semalam, saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi melahirkan rasa sedih sejurus membaca status Facebook yang didakwa daripada seorang individu berhubung kecederaan yang dialami Muhammad Adib.

Dr Ahmad Hafizam dalam keterangan di Mahkamah Koroner semalam, berkata status dalam akaun Facebook yang dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau dicaci dan dianggap berbohong.

“Bagaimanapun, saya tidak membuat sebarang balasan terhadap status itu. Kita cuma mencari kebenaran.

“Sekiranya ada maklumat lain atau kecederaan lain ditemui sewaktu pemeriksaan klinikal dan bedah siasat, saya mohon ia (individu) dipanggil ke mahkamah untuk sahkan maklumat itu,” katanya.

Prosiding di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

  • Lagi berita berkaitan Inkues Adib
  • Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 11:52am
    d