mutakhir

[UPDATE] Biar polis buat kerja

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

“JANGAN buat spekulasi yang boleh ganggu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Beliau mengulas mengenai penemuan mayat dalam tangki air di Felda Palong 12 dekat Jempol, kelmarin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihaknya.

Ketika ini, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Jempol dan waris dipanggil bagi tujuan pengecaman berdasarkan pakaian selain dokumen pengenalan diri mangsa.

“Waris tidak dapat mengecam dengan lain-lain perkara disebabkan keadaan mayat sudah hancur, jadi perlu hantar ujian DNA (asid deoksiribonukleik).

“Identiti mayat lelaki berusia 20-an itu hanya dapat diketahui dalam tempoh tiga bulan,” katanya, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, sementara ini tidak boleh mengesahkan waris adalah ahli keluarga mangsa sehinggalah keputusan DNA diperoleh.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 5:33pm
d