mutakhir

Terima kasih abang bomba

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

ENAM penghuni sebuah hotel di Dataran Segar, Lukut, Port Dickson diselamatkan bomba apabila satu pendingin hawa di hotel berkenaan terbakar jam 3.18 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasaan pada jam 3.19 petang sebelum 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Telok Kemang dan Seremban 2 bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, sebaik tiba pada jam 3.35 petang, pihaknya mendapati kebakaran di tingkat dua, namun tidak membabitkan struktur bangunan, sebaliknya hanya membabitkan satu pendingin hawa.

“Api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam 10 minit. Enam mangsa iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 30-an dibawa turun melalui tingkap menggunakan tangga,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa terselamat dengan dua daripada mereka terhidup asap kebakaran.

“Empat mangsa menerima rawatan di Hospital Port Dickson. Siasatan awal mendapati api berpunca daripada pendingin hawa,” katanya.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 8:14pm
d